Saturday, December 27, 2008

tahun baru azam baru

aku telah pulang ke medan perang untuk berjuang semula. Bila kita memikirkan tentang perjuangan mesti ada yang tersungkur di medan perang dan ada yang akan mengibarkan bendara kemenangan. semua itu adalah lumrah hidup di dunia yang perlu kita terima. semuanya bermula dari kegagalan. tiada siapa yang datang terus berjaya dalam hidup tetapi bermula dari kegagalan itulah seseorang itu membina dirinya dan membaiki kelemahan diri.

Friday, December 5, 2008

kaedah untuk melatih otak agar tidak mudah runsing dan risau.

Saya ingin berkongsi mengenai kaedah untuk melatih otak agar tidak mudah runsing dan risau.

1.Cuba tenang diri dimana jua berada

2.Jika otak anda tidak dapat melupakan masalah yang dialami walaupun anda telah cuba melupakannya. Cuba zikir dalam minda anda auzubillahhiminasyaitanirajim lakukan berulang kali tapi janganlah anda cuba memikirkan masalah itu lagi. Kaedah ini adalah bagi meminta perlindungan kepada Allah dari ganguan syaitan yang berada dalam diri kita.

3.Jika cara ini tidak berkesan cuba lakukan solat taubat pohon keampunan kepada Allah dan berdoa kepada Allah agar menghilangkan segala kerunsingan yang dialami

4.Banyakkan berselawat dan membaca Al Quran,

5.Perbanyakkan membaca Al Fatihah dan ayatul kursi

6.Cubalah beritahu minda anda berulang kali aku tidak mudah risau dan runsing dengan masalah remeh ini. Lakukan berulang kali jika perasaan risau dan runsing itu datang.

7.Pergilah berjalan atau berjonging sekiranya mempunyai masa yang lapang. Semasa berjalan cuba kosongkan minda dan beritahu minda kita perkara yang positif berulang kali. Lakukan sepanjang kita berjalan atau berjonging. Lakukan dengan istiqomah sampai masalah yang kita Alami berkurangan. Kaedah ini dapat membantu mensetkan minda kita dengan perkara positif. Contohnya. Jangan runsing, jangan risau, masalah aku sudah selesai. Aku berani berhadapan dengan masalah ini, sakit aku sudah sembuh, aku sihat dan sebagainya..semua ini berkaitan dengan minda sedar dan minda bawah sedar

kaedah berfikiran positif

Ingin saya kongsikan mengenai kaedah untuk berfikiran positif kepada kawan-kawan semua. Semuanya bergantung kepada diri sendiri sebenarnya. Bukan perkara yang mudah untuk mengubah pemikiran seseorang, semua itu bergantung kepada kekuatan pemikiran seseorang. Insyaallah, sekiranya dilakukan secara istiqomah Allah akan mengubah pemikiran kita menjadi positif

1.Cuba tenangkan diri dimana jua kita berada

2.Sentiasa beristifar sekiranya otak kita memikirkan tentang perkara negatif

3.Sekiranya kita berfikir tentang perkara negatif cuba positifkan pemikiran kita. Contohnya sekiranya kita memikirkan tentang tidak mampu melakukan sesuatu jadi kita beritahu kepada diri, aku mampu melakukan, aku boleh dan sebagainya.

4.Pergilah berjalan atau berjonging sekiranya mempunyai masa yang lapang. Semasa berjalan cuba kosongkan minda dan beritahu minda kita perkara yang positif berulang kali. Lakukan sepanjang kita berjalan atau berjonging. Lakukan dengan istiqomah sampai masalah yang kita Alami berkurangan.

5.Berdoa kepada Allah agar Allah memberi pemikiran yang positif kepada kita dengan berterusan. Doa itu senjata orang mukmin.

6.Jangan rasa rendah diri. Masukkan dalam minda aku juga mampu, boleh dan sebagainya. Ingatlah setiap makhluk diberi kelebihan masing-masing. Mesti ada yang lebih dan yang kurang.

kesan-kesan

Kesan kegelisahan, kerisauan dan stress yang berterusan kepada diri

1. Menghadapi masalah makanan ataupun hilang selera makan

2. Menghadapi masalah untuk tidur

3. Hilang tumpuan dalam melakukan sesuatu

4. Fikiran mudah melayang

5. Sukar untuk meguruskan diri sendiri

6. Mudah putus asa

7. mudah marah dan naik angin

8. masalah membuat keputusan

9. suka mengasingkan diri

10. kurang bercakap


Perkara ini akan membawa kepada ganguan kesihatan

1. Selesema

2. Sesak nafas

3. Mengalami kekejangan

4. Sentiasa letih dan lesu

5. Mudah panik

6. Mudah gelisah

7. Ulser

8. Sakit kepala sakit jantung

9. Hilang ingatan

10. Masalah mental

kesaPerkara ini ingin dikongsikan kepada semua kawan-kawan kerana kadang kala kita tidak tahu kita menghadapi masalah ini. Sekiranya kita berada dalam keadaan ini cepatlah bertindak. Carilah jalan untuk mengatasi masalah ini sebelum menjadi parah.

Thursday, December 4, 2008

UJIAN HIDUP DIDUNIA

Sepanjang kehidupan kita di dunia yang fana ini, kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian seperti kehilangan insan yang tersayang, kemalangan, hilang nikmat kesihatan dan lain-lain lagi.

Malah, ada yang kehilangan nikmat yang lebih besar, iaitu nikmat islam yang merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan kepada setiap hamba-hambanya.

Dugaan yang datang merupakan suatu ujian untuk menguji tahap keimanan seorang untuk menaikan lagi martabat seseorang itu disisi Maha pencipta.

Ada manusia apabila diuji, maka terkeluar perkataan jelik yang menyalahkan penciptanya yang telah memberi segala jenis nikmat yang tidak terhingga.

Ada manusia yang setiasa sabar dan reda dengan segala ujian yang berlaku kerana mereka mengangap dunia ini hanya sementara bukan untuk terus hidup selamanya.

Malah, tiada lansung kerisauan yang terdetik dihati mereka kerana mereka yakin Allah swt jualah yang memberi segala dan mereka sangat yakin bahawa mereka akan dikembalikan kepada pencipta semesta alam.

Untuk mencapai tahap ini, kekuatan dalaman dan luaran sangat diperlukan untuk berhadapan dengan segala ujian yang diberikan oleh Allah.

Apabila ditimpa bala, mereka akan mengucapkan daripada Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali.

Oleh itu penting bagi seorang muslim berusaha untuk meneguhkan keimanan kepada Allah agar kita dapat melalui kehidupan ini dengan tenang dan sabar.

Kekuatan dalaman dan luaran perlu dipupuk sejak kecil lagi, dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.

Kita perlu ingat kekuatan dalaman adalah berkait rapat dengan mental dan juga rohani.

Kekuatan mental perlu dititik berat oleh seseorang kerana kekuatan mental menpengaruhi kekuatan fizikal seseorang itu. 

Sebelum ini, seperti yang telah dinyatakan, seseorang itu hatinya sentiasa tidak tenang dan bosan dengan hidup walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari ketenangan dan kegembiraan.

Namun hatinya sentiasa tetap sentiasa gelisah, resah, risau dan sebagainya.

Bila masalah ini melanda maka seseorang itu mempunyai kemungkinan akan menghadapi masalah yang melibatkan mental jika keadaan ini berterusan. 

Maka penyakit ini perlu dirawat segera dan untuk mengubati masalah ini kesabaran, istiqomah dan perasaan tidak putus asa adalah diperlukan.

Ini berlaku kerana kelemahan kekuatan dalaman dan juga rohani.

Usah dirisaukan kerana sebenarnya setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Untuk pengetahuan semua, ubatnya sebenarnya terletak pada diri kita sendiri.

Kita tidak mengetahui kelebihan yang telah diberi oleh Allah kepada kita.

Penawar yang pertama adalah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah dan berpegang teguh kepada agama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. 

Kita perlu yakin setiap penyakit itu datang dari Allah akibad dari kelalaian kita kepada Allah untuk menguji hambanya dan juga supaya hambanya kembali ke jalan Allah. 

Allah juga menyembuh hamba yang dikehendakinya. Sebagai seorang islam kita wajib berpegang teguh dan melaksanakan rukun islam dan rukun iman. 

Kita perlu yakin kepada qada dan qadak Allah agar kita tidak risau dan runsing atas apa yang berlaku kepada diri kita. Kita perlu ingat semuanya milik Allah dan dia yang mengadakan kita. 

Jadi kita perlu berserah diri kepada Allah atas apa yang berlaku kepada kita dan juga ahli keluarga kita yang lain.

Penawar yang kedua, kenapa kita sentiasa gelisah, risau, tertekan, dan sebagainya bila dugaan itu datang kepada kita. 

Kita perlu ingat semua itu datang dari pemikiran kita dan cara kita berfikir. Oleh itu kita perlu ubah cara kita berfikir. 

Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh otak kita yang selalu berfikir tentang masalah yang kita hadapi, sentiasa berfikir. 

Bila kita sentiasa berfikir dan mengingati masalah itu maka akan datang kerisauan dalam diri kita.

Sekiranya masalah ini berulang dan berulang, otak kita akan dilatih untuk sentiasa risau dan berfikir walaupun masalah itu kecil. 

Inilah mengakibadkan kita akan sentiasa runsing dan rusing setiap masa dan ketika.

Kita perlu ingat setiap hari kita berhadapan dengan masalah biarpun masalah itu kecil. Oleh itu kita kan sentiasa risau, gelisah dan tertekan. 

Bila keadaan ini berlaku jiwa seseorang itu tidak akan tenang. Masalah ini sangat sukar untuk diatasi dan megambil masa yang panjang untuk di ubati. 

Kita perlu melatih otak kita agar jangan risau dan runsing sebenarnya terdapat kaedah untuk mengatasi masalah ini. Kita akan bincang pada hari yang lain jika diizinkan.

Penawar yang ketiga, sentiasa mengawal tingkah laku setiap masa dimana jua berada. Kita hendaklah berwaspada apabila kita bercakap dan ataupun berjenaka(melawak). 

Kita akan rasa serba salah apabila apa yang keluar dari mulut kita secara tidak sengaja menyakitkan hati kawan kita itu dan ditambahkan lagi apabila kawan kita memarahi kerana tidak tahan dengan jenaka kita. 

Oleh sebab itu berfikirlah dahulu sebelum kita berjenaka dengan seseorang. Apa perasaan kita bila perkara ini terjadi, kita akan rasa serba salah.

Bagi orang yang menghadapi masalah seperti yang dinyatakan diatas, mereka akan rasa serba salah yang keterlaluan. 

Jadi apabila kita berada dalam keadaan runsing dan risau jangan kita berjenaka keterlaluan mungkin kita akan mengeluarkan perkataan yang kurang disenangi oleh kawan kita. 

Bukan tidak boleh berjenaka tetapi berpada. Seeloknya kita kurangkan bercakap dan berjenaka sebaliknya diganti dengan senyum.

Carilah seorang teman yang boleh dipercayai untuk meluah segala masalah yang sentiasa terbuku dihati, luahlah dengan penuh perasaan. 

Kalau boleh menangislah dengan sepuas-puasnya. Jangan dipendam masalah yang kita alami.

Itulah pentingnya seorang sahabat, sekiranya orang yang kita luahkan itu sentiasa menasihati tetapi cara dia menasihati membuatkan kita lebih stress. 

Jadi jangan luahkan lagi perasaan padanya. Carilah kawan yang yang sentiasa mendengar dan menyokong kita bila kita dalam keadaan begini. 

Kawan yang baik sentiasa menasihati kita dan menyokong kita. Walaupun kita salah, teguran yang diberinya menyenangkan hati kita. 

Kita akan merasai ketenangan bila kita luahkan segala masalah kita itu seperti kita lepaskan ikatan di seluruh badan kita.

Pentingnya seorang kawan kepada kita setiap masa dan ketika. Berusahalah menjadi seorang kawan yang baik.

Bersenam adalah satu kaedah untuk mengatasi masalah ini, apabila badan sihat otak kita juga akan sihat. Seeloknya buatlah kerja yang boleh mengeluarkan peluh. 

Kita akan merasa tenang selepas kita bersenam, badan kita juga akan merasa ringan. Janganlah bersenam secara keterlaluan kerana otot kita kan merasa sakit dan tegang. 

Sekurang-kurangnya kita berjalan sejauh 2km.sekiranya kita melakukan secara berterusan kita akan merasa kesannya.

Apabila kita berada dalam keadaan runsing dan stress seeloknya kita lakukan secara berterusan sehingga kerunsingan dan stress kita hilang. 

Perkara ini sebenarnya berkaitan dengan hormon dalam badan yang akan dirembeskan apabila kita bersenam. Kita akan bincang dalam hari-hari yang seterusnya. 

Sekiranya kerunsingan dan stress kita berkurang kita kurangkan masa kita bersenam contohnya semasa kita runsing dan stress setiap hari kita bersenam tetapi bila kita tidak stress kita lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Kita teruskan lagi dengan penawar yang ketiga, hati kita sebenarnya memerlukan hiburan tetapi hiburan itu mestilah ada batasnya.

Salah satu kaedah untuk mengatasi masalah kerunsingan dan kerisauan adalah dengan mendengar lagu yang sesuai dengan jiwa seseorang, apa yang dimaksudkan disini bila seseorang itu mendengar lagu tersebut hatinya akan menjadi tenang dan segala masalah dapat dilupakan.

Bagi seorang muslim, digalakkan mendengar ayat suci Al Quran dan mendengar zikir kepada Allah.

Al quran adalah wahyu Allah dan juga penawar kepada penyakit hati disamping itu pahala juga diperolehi sekiranya diamalkan.

Dalam keadaan yang runsing dan risau banyakkanlah mendengar zikir kepada Allah dan bacaan Al Quran.

Yakinlah Al Quran dan zikir kepada Allah itu hiburan dan ubat bagi hati yang sedang kerisauan.

Kita juga digalakkan mendengar alunan nasyid dan juga lagu yang tidak mengandungi unsur-unsur yang berlebih-lebihan seperti memuji wanita.

Selain itu kita juga digalakkan membaca Al Quran setiap hari,yakinlah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.

Insyaallah, Allah akan menyembuhkan dan menghilangkan segala penyakit kerisauan dan kerunsingan yang dialami.

Apabila kita berada dalam keadaan yang runsing dan risau kita akan sentiasa berfikiran negatif dan sentiasa bersangka buruk kepada orang lain.

Pemikiran positif adalah diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Tapi bagaimana untuk berfikiran positif soalan ini sering bermain di fikiran.

Kita ingin berfikiran positif tetapi masih berfikiran negatif.

Hal ini berlaku kerana kita telah dilatih untuk berfikiran negatif. Sejak kecil otak kita telah disetkan dengan pelbagai perkara yang negatif.

Otak kita akan sentiasa berfikir dan mengingati mengenai perkara yang dianggap negatif itu. Sekiranya berlaku dengan berulang ulang maka berlakulah stress.

Jadi setiap masa dan dimana jua berada sentiasalah berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik.

Pemakanan juga perlu dititikberat dalam kehidupan kita, kadang kala kita mengangap remeh mengenai pemakanan.

Badan kita memerlukan zat yang seimbang, kekurangan zat menyebabkan masalah kepada badan.

Pengambilan multivitamin adalah digalakkan kerana mengandungi vitamin yang diperlukan oleh badan.

Nasihat doktor adalah diperlukan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Pengambilan gingko biloba juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah dalam badan dan juga otak.

Sebagai seorang islam kita perlu yakin Allahlah yang jua menyembuhkan segala penyakit bukan ubat itu yang menyembuhkan bagi mengelakkan kita syirik kepada Allah.

Kadang kala pelbagai usaha dan ubat yang dimakan tetapi penyakit masih belum sembuh. Kita perlu ingat kita hanya berikhtiar, Allah yang menentukan dan menyembuhkan penyakit kita.

Memyibukan diri adalah satu jalan untuk mengatasi masalah ini, setiap masa dan ketika hendaklah diisi dengan pelbagai kerja atau aktiviti yang berfaedah.

Sekiranya ada masa yang terluang janganlah masa yang terluang itu diisi dengan memikirkan tentang masalah yang kita hadapi dan membiarkan fikiran kita melayang mengingati segala pengalaman pahit yang kita alami.

Sekiranya fikiran kita itu memikirkan tentang perkara yang positif dan membina adalah digalakkan.

Kalau fikiran kita memikirkan tentang masalah dan kenangan pahit, kita perlu elakkan daripada fikiran kita terus memikirkan masalah itu.

Jika dibiarkan fikiran kita terus berfikir, kita akan terus runsing dan risau. Jadi sentiasa sibukkan diri agar kita dapat melupakan segala masalah yang kita alami.

Setakat ini yang dapat saya kongsikan, sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan mengenai perkara ini.

Saya berharap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi kebaikan dan sinar baru kepada mereka yang mengalami masalah kerunsingan dan kerisauan ini.

Perkara ini sekiranya dibiarkan akan menyebabkan berlakunya masalah mental jika berlaku secara berterusan dan memberi kesan buruk kepada negara.

Ingat hidup kita hanya sementara, janganlah separuh dari hidup kita diisi runsing dan risau. Isilah hidup anda dengan kegembiraan dan keceriaan dimana saja jua anda berada.

Kita akan menbincangkan selepas ini mengenai masalah kerisauan dan kerunsingan ini lagi tetapi berhubungan dengan ganguan jin dan syaitan.