Monday, March 16, 2009

Antara exam dan stress

Bila minggu exam mula, semua mula lah nk stress…..tensionnnn. banyak lagi paper tk baca dan tk ingat.

Keja banyak lg tk buat. Masalah awek lg dan mcm2 lg laa msalah. Pastu mulalah dalam otak, takut gagal laaa. Aku gagal, pelbagai benda negatif datang dalam otak. Bila kawan tegur sikit, mulalah nk marah, terasa la dan mcm2 lg laaa.

Semua benda yg bukan masalah jadi masalah. Semua benda yang positif menjadi negatif pastu tension tahap gaban. Sebenarnya salah siapa??any comment?? Sebenarnya apa yang sudah berlaku sebelum exam bermula??lu pikir laaa sendiri…

apa yang lu buat sebelum exam. Dah dekat exam baru laaa nak busy2 study.keja semua tangguh buat semua last minute. Busy laaa konon dengan activiti kolej dengan fakulti. Sampai study tk.pastu mula laaaa nak tension. Bagi tau semua orang aku stress…..stresss…..stresss….




Dalam kehidupan yang sementara ini, pelbagai cabaran dan ujian yang perlu dilalui oleh semua yang dilahirkan sebagai manusia. Semua tidak boleh lari dari ujian yang telah diberi oleh Allah.

Semua yang dilahirkan sebagai manusia perlu mengharunginya dengan sabar dan berserah diri kepada Allah. Begitu juga dengan seorang manusia yang bernama pelajar yang harus mengharungi peperiksaan bagi menguji apa yang telah dipelajari oleh pelajar itu sendiri.

Bagi masalah diatas ini sebenarnya salah diri sendiri kerana waktu yang diberikan itu cukup sekiranya seseorang pelajar itu bijak menyusun jadual waktunya. Tiada alasan untuk seorang pelajar cemerlang mencari alasan.

Kehidupan di universiti tidak sama dengan kehidupan di sekolah kerana pelbagai kerja yang perlu dilakukan. Solutionnya disini adalah, jangan buat kerja last minute kerana kerja last minute ini akan membuat seseorang itu stress apabila menjelang exam.

Pelbagai masalah akan datang dan akhirnya apabila keluar result air mata kesedihan akan mengalir akan mengalir bukan air mata kegembiraan. Walaubagaimana pun jangan sedih, gagal sekali bukan gagal terus selamanya.

Kita mesti berpandangan jauh dan berserah diri kepada Allah serta disertakan dengan usaha dan amal. Ingat tu usaha dan amal, sebagai seorang pelajar yang berjaya perlu seimbang dunia dan akhirat agar mndapat keredaan Allah dan seterusnya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.aminnnn

Friday, March 13, 2009

Melawak berjenaka, memalukan dan menyakitkan hati.


kenapa semua orang suka melawak atau berjenaka dengan kawan-kawan mereka? Tujuannya adalah untuk menghiburkan hati dan untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

kadangkala berjenaka boleh membawa kepada suatu yang amat memalukan seseorang. Tujuan seseorang itu berjenaka kadang kalanya adalah untuk memalu dan merendahkan orang lain.

Ini adalah suatu yang perlu dielakkan kerana kawan kita akan merasu malu dengan kawan-kawan kita yang lain dan akan mengakibadkan berlakunya pergaduhan dan berlakunya permusuhan.

Jadi berjenakalah mengikut batas2 dan keadaan seorang itu. Janganlah kita berjenaka tanpa mengira masa dan waktu.sebelum kita berjenaka pikirlah dahulu adakah bahan yang ingin kita jenakakan itu akan menguris hati kawan kita atau tidak.

sekiranya perkara ini berlaku cepatlah minta maaf dan jangan ulangi lagi perbuatan itu sekiranya kita sayangkan persahabatan yang kita jalinkan.

Nafsu dan manusia

suatu yang sukar untuk dijelaskan apabila menyebut tentang jihad. sebenarnya dalam hidup kita ini sentiasa berjihad bukan sahaja berjihad di medan perang malah kita sentiasa berjihad melawan nafsu dalam diri kita.

jihad melawan hawa nafsu adalah jihad yang paling susah dan sukar. banyak kes kita lihat dalam tv dan surat khabar kes2 rogol, sumbang mahram dan sebagainya berlaku akibad tidak dapat menahan dan mengawal nafsu.

jadi kita perlu berjihad setiap masa dan ketika untuk mengawal hawanafsu dan melatihnya supaya nafsu yang mengikut kita bukan kita yang mengikut nafsu.

suatu cara yang mudah untuk mengawal nafsu adalah dengan berpegang teguh dengan ajaran agama yang melarang kita daripada melakukan perkara2 yang membawa kepada kemurkaan Allah.

suatu kaedah adalah untuk mengawal nafsu adalah dengan bersolat kerana dengan bersolat dapat mencegah seseorang itu daripada pengaruh nafsu yang durjana. sekiranya masih melakukan juga itu bermakna terdapat masalah dalam solat kita lakukan.