Tuesday, January 27, 2009

masa

isilah masamu dengan perkara2 yg berfaedah kerana masa itu emas dan masa itu juga umpama sebilah pedang yg dihayun. sekiranya pedang itu dihayun mustahil untuk berpatah kembali hayunan itu. masa itu sememangnya 24 jam tetapi isilah masa itu dengan perkara yg berfaedah dan memberi kebaikan pada hari esok. masa itu pergi dan pergi, berlalu dan berlalu. setiap yg muda akan menjadi tua. setiap yg tua akan kembali kepadanya. barang yg baru akan menjadi lusuh dan dilupakan. itulah lumrah hidup didunia ini. kenangan yg lepas usah dikenang kerana kenangan itu tidak akan kembali. masa yg akan datang itu sinarkanlah dengan kegembiraan dan kepuasan berlandaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. sebelum tidur berfikirlah sejenak tentang apa yg telah diusahakan pada hari ini dan apa yg akan diusahakan pada hari esok....hakcipta tepelihara zuan88